Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

21 Apr 2011

Kad Kahwin Stylo...

salam....

u'oll pasan paper smlm sume update cite zed zaidi nk kawen...pastu semua highlight pasal kad kawen dy yg ala2 best tuh... smpai kt headlines radio pon sebut.. hah amik.. gah ko zek.! lau ade yg tertanye2 mcm mane kadnye, meh i tunjuk.... camni ha kad kahwen nye...




simple jek kn tp nice..they all amik tema fb sebab btemu jodoh di fb katenye.... canteks x? ade kelainan knkn... act byk da kad kawen yg canteks2 n lebih kontemperori skang.. ckp jek tema ape u'oll nak. bisa diatur seh.. sediakan ongkos nye aje ;p.... antaranye lau nk sebijik sebijon mcm zek punye kad meh usha sini hah; kadkadkahwin... 

kadkkadkahwin; hq kt muar.. law kt jb i taw dy ade showroom kat Giant Tampoi.. kad dowang mmg cantek banget... i da p usha mase pameran pengantin kt SACC baru2 ni... mmg cantik lain dari yg lain.. tp x amik ngan dy kot.. da ade yg len bkenan di hati....cume xsempat agy nk terjah opis dowang...lg pon kami cam tanak spent too much utk sekeping kad.... bknla nk kate kad dowang mhl sgt... price dowang sgt reasonable okie ngan kualiti..cume xmenepati bajet n selera  kami jek :p hati ni pon da terpaut dengan yang lain...

tips : kalau u'oll nk book kad, silalah tngu pameran pengantin.... sangat berbaloi menempah mase tuh... mesti dpt free gift punye..! klu x bunting, banner, tq taq n paper bag... tknye free shipping.. mcm2 la dowang offer... owang nk melakukan perniagaan katakan dek.. so B2b mase ni la kite kne grab peluang yg menguntungkan... (^_^)

so selamat memilih kad kahwin terbaik anda~

Things You Should Know About Johorean..

hye sume....

suke nk update arini... i bace ni.... mebi ade yg da penah bace tp tetap 
nk post gak...i gelak sowang2 ok (smbil kate betol2..!)..
johorean msti paham kn nape i gelak..johorean meh bace.. 
nati kowang mesti gelak2 munye...hihi

......

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean



1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). 

Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

* i pon slalu gune.. i eja ea bukn ekk... ni betol kn trademark johorean... 
sinar fm pon gune...


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. 

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". 

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. 

* yg ni i xsure la... xsemstinya kot..



5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. 

Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

* berENDUT tu kire macam g dating la u.... dalame xdgr org ckp cenggini ea...


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok.... Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

* baru mkn gula tarik semalam... beli kt pasar malam... susahnye nk jumpe skang..sedap..!

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

* nk tambah amy search, rahmat mega pun owang johor...


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

* telur pindang susah oit nk jumpe skang... owg da xbuat kowt...
klu ngidam jugak pi mkn mee rebus hj wahid... mesti ade~


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

* ni betol.. eventhought uma ade astro stoll gak ade tb kecik aerial tinggi2....
bukan takat tv spore.. indon rcti sume blh dpt.. ari2 layan sinetron ko.. hihi


Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke,  simpan pinggan mangkok ke.
yok-jom


sumber : Forum Cari

-----------------

* copy paste smbil sengih   :p